White-throated Kingfisher

White-throated Kingfisher (Halcyon smyrnensis) | RAJAWALI PEKAKA BELUKAR

Title: White-throated Kingfisher (Halcyon smyrnensis) | RAJAWALI PEKAKA BELUKAR
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4376408780/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 22nd February, 2010

PEKAKA BELUKAR
White-throated Kingfisher

FAMILI: Alcedinidae
NAMA SAINTIFIK: Halcyon smyrnensis

CIRI-CIRI
Jantan dewasa mempunyai warna perang gelap pada bahagian atas kepala dan bahagian perut, manakala pada bahagian leher dan dada pula berwarna putih. Bahagian belakang hingga ke ekor dan sayap berwarna biru kehijauan, manakala bahagian hujung dan sebahagian sayap berwarna perang gelap serta hitam. Paruh berwarna merah gelap dan kelihatan tebal. Semasa terbang, tompok putih pada bulu utama sayap jelas kelihatan. Bagi juvenil pula, warna bulu agak lusuh dan terdapat garis-garis halus yang gelap pada bahagian leher dan dada dengan paruh berwarna coklat. SAIZ Panjang keseluruhan adalah di antara 27.5 - 29.5 sm. Berat antara 70 - 100 g. MAKANAN Ikan dan haiwan akuatik.

HABITAT
Ia mendiami kawan luar bandar, bandar, kampung, paya bakau, tepi pantai, kawasan sungai, kawasan terbuka, hutan sekunder, kawasan pertanian sehingga ke ketinggian 1,525 m dari aras laut.

BUNYI
Ia mengeluarkan bunyi kek kek kek… yang agak bising dan semakin perlahan.

PEMBIAKAN
Musim membiak adalah di antara bulan Oktober hingga bulan Jun (berkemungkinan sepanjang tahun) dengan burung betina mampu menghasilkan 3-7 biji telur di dalam sarang yang dibina pada lubang yang dikorek di tebing-tebing tanah.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment