Magpie Robin

Magpie Robin (Copsychus saularis) | Murai Kampung

Title: Magpie Robin (Copsychus saularis) | Murai Kampung
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4377759638/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 22nd February, 2010

MURAI KAMPUNG
Magpie Robin

FAMILI : Turdidae
NAMA SAINTIFIK : Copsychus saularis

CIRI-CIRI
Bagi burung jantan dewasa agak besar dan mempunyai ciri yang ketara iaitu bahagian kepala, bahagian atas badan dan bahagian dada atas yang berwarna hitam berkilat, manakala bahagian bawah dada hingga ke bawah tongkeng, jalur lebar pada sayap dan bulu ekor sebelah bawah adalah berwarna putih. Panjang keseluruhan burung ini adalah di antara 19.0-21.0 sm. Berat 36.8-41.0 g.

MAKANAN
Serangga dan haiwan invertebrata.

HABITAT
Ia mendiami kawasan taman, kawasan bandar dan pertanian, kawasan terbuka yang mempunyai dirian kayu, kawasan paya bakau, kawasan hutan sekunder, hingga ke ketinggian 1,830 m dari aras laut. Tetapi kebanyakannya boleh ditemui di ketinggian bawah 1,000 m dari aras laut.

BUNYI
Spesies ini mengeluarkan bunyi kicauan yang pelbagai seperti si-or, sui-i (bunyi meningkat), su-u (bernada rendah), atau che'e'e'e'h (ketika merasa terancam).

PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah dari bulan Januari hingga September setiap tahun dan tidak terhad kepada satu eraman sahaja. Burung betina mampu menghasilkan 3-5 biji telur di dalam sarang yang terletak di dalam lubang pokok, tepi sungai, bangunan, atau di pokok palma, rumpunan bambu, sehingga 18 m dari aras tanah.

STATUS
Akta 76/72, tidak disenaraikan.

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment