Philippine (Asian) Glossy Starling

Philippine (Asian) Glossy Starling | Perling Mata Merah

Title: Philippine (Asian) Glossy Starling | Perling Mata Merah
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4379902035/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 23rd February, 2010

PERLING MATA MERAH
Philippine Glossy Starling

CIRI-CIRI:
Burung ini pada keseluruhannya, berwarna hitam kehijauan yang berkilat dan ia mempunyai mata berwarna merah. Bagi burung betina, warna badan adalah seakan-akan sama dengan warna burung jantan manakala bagi juvenil pula, warna di bahagian atas badan agak kekelabuan. Selain itu, bahagian bawah badan badan terdapat jalur-jalur hitam tebal dan ianya mempunyai warna mata yang lebih pudar.

SAIZ:
Panjang keseluruhan bagi burung ini adalah di antara 19.0 - 22.0 sm.

MAKANAN:
Serangga dan buah-buahan.

HABITAT:
Kawasan hutan sekunder, hutan tanah rendah, perladangan dan juga kawa- san bandar.

BUNYI:
Burung ini mengeluarkan bunyi yang kuat dan tajam tieuu,tseu…

PEMBIAKAN:
Burung ini bersarang di lubang- lubang pokok, celahan pelepah palma dan juga di bumbung bangunan. Musim membiak adalah dari bulan Februari hingga Ogos pada setiap tahun. Burung betina menghasilkan 3- 4 biji telur dan telur adalah berwarna biru pudar ke coklat kemerahan. Saiz telur adalah 26.7 X 19.0 mm.

STATUS:
Akta 76/72, tidak disenaraikan

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/





Links
http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Glossy_Starling

0 comments:

Post a Comment