Crested Goshawk

Crested Goshawk (Accipiter trivirgatus) | Lang Sikap

Title: Crested Goshawk (Accipiter trivirgatus) | Lang Sikap
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4377543119/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 22nd February, 2010

LANG SIKAP
Crested Goshawk

FAMILI: Accipitridae
NAMA SAINTIFIK: Accipiter trivirgatus

CIRI-CIRI
Mempunyai jambul yang pendek di bahagian belakang kepala. Individu dewasa mempunyai bahagian atas badan yang berwarna coklat gelap dengan bahagian kepala dan jambul berwarna kekelabuan. Bahagian bawah badan jelas kelihatan dengan garis-garis berwarna coklat dan putih. Bagi individu juvenil, warna kepala agak coklat dengan jambul yang berwarna keputihan. Bahagian badan pula berwarna putih dengan bintik-bintik, berbeza daripada individu dewasa yang mempunyai garis-garis coklat dan putih.

SAIZ
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 40.0-46.0 sm panjang. Berat 224-450 gm.

MAKANAN
Mamalia, burung, reptilia, amfibia, ikan, ketam, moluska dan serangga.

HABITAT
Ditemui di hutan hujan tropika, hutan dipterokap dan hutan konifer hinggalah ke ketinggian 1,950 m dari aras laut (di Semenanjung Malaysia, spesies ini boleh ditemui pada ketinggian di bawah 245 m dari aras laut).

BUNYI
Mengeluarkan bunyi he he hehehehe seakan-akan menjerit dan bunyi chiup yang bernada tinggi apabila mengesan bahaya.

TABIAT
Menangkap mangsa dengan menyerang beberapa kali daripada tempat bertenggek yang tersembunyi. Juga mengambil makanan terdiri daripada anak-anak burung di dalam sarang.

PEMBIAKAN
Membiak antara bulan Disember hingga September dengan bilangan telur 2 biji, kadang-kadang 1-3 biji.

STATUS:
Akta 76/72, diperlindungi. CITES- Appendiks 2

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment