Blue-Throated Bee-Eater

Blue-Throated Bee-Eater (Merops viridis) | Berek-berek Tadah Hujan

Title: Blue-Throated Bee-Eater (Merops viridis) | Berek-berek Tadah Hujan
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4375527529/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 22nd February, 2010

BEREK-BEREK TADAH HUJAN
Blue-throated Bee-eater

FAMILI: Meropidae
NAMA SAINTIFIK: Merops viridis

CIRI-CIRI
Individu dewasa mempunyai kombinasi warna kuning langsat yang gelap pada ba- hagian atas kepala ke bahagian belakang atas badan serta bahagian rengkong yang berwarna biru. Bahagian badan berwarna hijau cerah manakala bahagian atas tong- keng dan bahagian atas pangkal ekor berwarna biru pudar. Bagi individu juvenil pula, bahagian atas kepala ke bahagian atas belakang badan berwarna hijau manakala bahagian rengkong adalah lebih cerah serta bahagian dahi berwarna putih ke kuning pucat dan bahagian dada agak cerah. Bulu pada bahagian tengah ekor adalah le- bih pendek berbanding bahagian tepi.

SAIZ
Panjang keseluruhan individu dewasa adalah di antara 22.5 sm-23.5 sm.

MAKANAN
Serangga kecil dan labah-labah.

HABITAT
Spesies ini boleh dijumpai di kawasan terbuka, kawasan persisiran sungai yang luas, pinggir kawasan hutan dan adakalanya dijumpai di kawasan pertanian dan kawasan hutan paya bakau, pada ketinggian sehingga ke 800 m dari aras laut.

BUNYI
Mengeluarkan bunyi yang berbeza termasuklah bunyi terrip-terrip-terrip , bunyi terrip- rrip-rrip yang laju serta bunyi trrurrip dan bunyi chip semasa dalam keadaan terancam.

PEMBIAKAN
Musim membiak pada bulan Mac hingga Ogos dan biasanya secara berkoloni. Sarang dibina di dalam terowong di kawasan tanah yang terdedah dan di tebing bukit. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak 3-6 biji berwarna putih berukuran kira-kira 23.3 X 20.5 mm.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi.

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment