Oriental Pied Hornbill

Oriental Pied Hornbill (Anthracoceros albirostris) | Enggang Belulang

Title: Oriental Pied Hornbill (Anthracoceros albirostris) | Enggang Belulang
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4374422370/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 21st February, 2010

Not the best angle.. i'll try to recapture a better picture of this guy later.

ENGGANG BELULANG
Oriental Pied Hornbill

FAMILI: Bucerotidae
NAMA SAINTIFIK: Anthracoceros albirostris

CIRI-CIRI
Saiz yang paling kecil membezakannya dengan burung-burung enggang yang lain. Terdapat tompokan putih pada muka dan warna putih pada bahagian bawah dada dan perut. Paruh dan jambul berwarna gading dan bertanda dengan warna hitam. Panjang enggang ini pula adalah di antara 68 sm-70 sm panjang termasuk ekor.

MAKANAN
Ia bersifat frugivorous , iaitu diet utama terdiri daripada buah-buahan.

HABITAT
Ianya terdapat di kawasan hutan dipterokap, sekitar hutan sekunder, hutan pulau, kadang-kala di kawasan belukar di tepi pantai, kawasan pertanian, dari tanah pamah ke ketinggian 1,400 m dari aras laut. BUNYI Ia mengeluarkan bunyi kuat dan bernada tinggi seperti menghilai kleng-keng kek- kek-kek-kek-kek dan ayip-yip-yip-yip .

PEMBIAKAN
Kebiasannya bergerak secara berkumpulan dan kadang-kadang terbang dalam kumpulan yang agak besar. Musim membiak pula adalah di antara bulan Januari hingga Jun setiap tahun dengan burung betina mampu menghasilkan 1 hingga 3 biji telur bagi setiap eraman di dalam sarang yang terletak di dalam lubang pada pokok.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya. CITES, appendiks 2.

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment