Streaked Spiderhunter

Streaked Spiderhunter (Arachnothera magna) | Kelicap Jantung Gunung

Title: Streaked Spiderhunter (Arachnothera magna) | Kelicap Jantung Gunung
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4367320043/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 18th February, 2010

KELICAP JANTUNG GUNUNG
Streaked Spiderhunter

FAMILI: Nectariniidae
NAMA SAINTIFIK: Arachnothera magna

CIRI-CIRI
Individu dewasa bagi spesies ini mempunyai jalur-jalur yang ketara pada bahagian
kepala dan badan serta bahagian kaki yang berwarna jingga. Bahagian bawah atas
badan individu ini berwarna hijau kekuningan. Bagi individu juvenil pula, jalur-jalur ini
adalah kurang jelas kelihatan. Individu dewasa bagi spesies ini empunyai saiz di antara
17 sm-20.5 sm.

MAKANAN
Makanan utama spesies ini terdiri daripada serangga-serangga kecil, labah-labah dan
nektar.

HABITAT
Spesies ini boleh dijumpai di kawasan hutan dipterokap, hutan sekunder serta di kawa-
san hutan campuran pada ketingian sehingga ke 1,830 m dari aras laut.

BUNYI
Burung ini mengeluarkan kicauan bunyi yang sama. Semasa terbang ia mengeluarkan
bunyi chit-ik yang kuat.

PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah pada bulan Mac hingga Oktober di mana
sarang dibina berbentuk seperti kubah pada bahagian daun pokok yang lebar. Telur
yang dihasilkan adalah sebanyak 2-3 biji berwarna coklat gelap serta terdapat jalur
seperti cincin pada bahagian hujungnya. Telur ini berukuran kira-kira 22.7 X 15,9 mm.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya.

Sumber: www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdAviClist/Streaked...

0 comments:

Post a Comment