Verditer Flycatcher

Verditer Flycatcher (Eumyias thalassina) | Sambar Ranting

Title: Verditer Flycatcher (Eumyias thalassina) | Sambar Ranting
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4368849961/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 19th February, 2010

© Emran MT - All rights reserved.

SAMBAR RANTING
Verditer Flycatcher

FAMILI: Muscicapidae
NAMA SAINTIFIK: Eumyias thalassina

CIRI-CIRI
Burung ini mempunyai warna hijau kebiruan pudar pada keseluruhan badan dan ter- dapat jalur hitam yang merentasi bahagian mata. Ia juga mempunyai bahagian ekor yang berwarna gelap dan hujung ekornya agak putih. Bagi burung jantan, di luar musim membiak, warna badan adalah agak pudar manakala bagi burung betina, di luar musim membiak, warna badan adalah lebih pudar berbanding burung jantan dan warna jalur yang merentasi bahagian matanya adalah agak kekelabuan. Bagi burung juvenil, kepala dan badan berwarna kelabu manakala sayap adalah berwarna kuning pucat. Di bahagian tekak dan bawah badannya, terdapat tanda-tanda kehitaman. Anggaran saiz bagi burung ini adalah di antara 15-17 sm.

MAKANAN
Ia memakan serangga.

HABITAT
Burung ini boleh dijumpai di hutan dipterokap, hutan tanah pamah, kawasan terbuka dan juga paya bakau. Ia boleh dijumpai sehingga 2,565 m dari aras laut. BUNYI Burung ini mengeluarkan bunyi yang bernada tinggi dengan laju.

PEMBIAKAN
Ia membina sarang berbentuk cawan di lubang pada tebing, dinding atau struktur bangunan dan kadang kala di celah-celah dahan pokok. Ketinggian sarang adalah sehingga ketinggian 6 meter dari aras tanah. Musim membiak bagi burung ini adalah dari bulan April hingga Julai setiap tahun. Burung betina menghasilkan 3 hingga 5 biji telur setiap kali ianya bertelur. Warna telur adalah merah jambu pudar ke putih dan saiz telur adalah 19.3 mm x 14.7 mm.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya .

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment