Title: Bukit Tinggi | Silver-breasted Broadbill (Serilophus lunatus)
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/3382933869/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 25th March, 2009
TAKAU TANDA HUJAN
Silter-breasted Broadbill
FAMILI: Eurylaimidae.
NAMA SAINTIFIK: Serilophus lunatus
CIRI-CIRI
Spesies ini mempunyai bahagian atas badan berwarna coklat lusuh, dahi dan bahagian atas badan berwarna putih kekelabuan manakala terdapat garisan hitam tebal di bahagian atas mata. Tongkeng dan bahagian atas ekor berwarna oren kekuningan gelap
dan hampir keseluruhan sayap berwarna hitam terang manakala ekor hitam dengan terdapat warna putih di bahagian hujungnya. Pandangan dari bawah semasa ia terbang, menunjukkan jalur putih di sepanjang sayapnya. Sub spesies rothschildi (selatan Thailand, Semenanjung Malaysia) mempunyai bahagian atas kepala, tekak dan dada yang berwarna kelabu terang manakala bahagian belakang badan sehingga atas ekor berwarna coklat buah berangan-kemerahan. Bagi burung betina, ia seakan-akan sama dengan bu-rung jantan tetapi dibezakan dengan garisan putih yang nipis di bahagian dada. Anggaran saiz bagi burung dewasa adalah di antara 16-17 sm.
MAKANAN
Spesies ini memakan serangga, buah-buahan dan kadang-kala memakan haiwan-haiwan kecil.
HABITAT
Spesies ini boleh ditemui di hutan dipterokap seperti hutan tanah pamah, hutan sekunder dan kadang-kala boleh dijumpai di kawasan berbuluh. Spesies ini boleh dijumpai dari ketinggian 50 hingga 2,230 m dari aras laut.
BUNYI
Spesies ini mengeluarkan yang bermelodi ki-uu atau pee-uu dengan kadang-kala ia
mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi serangga kitikitikit,....
PEMBIAKAN
Musim pembiakan bagi spesies ini adalah dari bulan Mac sehingga bulan Julai setiap
tahun. Sarang berbentuk bujur dengan laluan masuk di bahagian tepi dan tergantung dari dahan, buluh atau pelepah palma, 1-7 m dari aras tanah. Burung betina boleh
menghasilkan 4-7 biji telur pada setiap kali ianya bertelur. Telur berwarna putih hingga krim merah jambu terang dengan bintik-bintik ungu kemerahan ke coklat keunguan.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya
Sumber: www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdAviClist/silver_b...
0 comments:
Post a Comment