Tiger Shrike

Tiger Shrike (Lanius tigrinus) | Tirjup Rimau

Title: Tiger Shrike (Lanius tigrinus) | Tirjup Rimau
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4367375179/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 18th February, 2010

TIRJUP RIMAU
Tiger Shrike

FAMILI: Laniidae
NAMA SAINTIFIK: Lanius tigrinus

CIRI-CIRI
Ianya mudah dikenali dengan jalur kehitaman di matanya dan bahagian belakang badan, sayap dan ekornya berwarna coklat. Burung ini mempunyai paruh dan kuku yang tajam. Apa yang membezakan antara burung ini dengan Tirjup Tanah ( L.cristatus ) ialah Tirjup Tanah mempunyai satu garisan putih di atas mata manakala Tirjup Harimau tidak terdapat garisan tersebut. Bagi burung juvenil, ia seakan Tirjup Tanah tetapi kepala dan badan lebih gelap dan tidak jelas warna kelabu di kepalanya.

SAIZ
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 17.0 -18.5 sm.

MAKANAN
Serangga besar, reptilia, burung dan mamalia kecil. Makanan biasanya disimpan den- gan dicucuk pada tempat yang tajam sebelum dimakan semula kemudian.

HABITAT
Kawasan pinggir hutan, kawasan terbuka dan kawasan perladangan. Ianya boleh ditemui di kawasan sehingga ketinggian 1,220 m dari paras laut.Pada musim sejuk, ia boleh dijumpai dari kawasan rendah sehingga 800 meter dan hanya ditemui pada ketinggian 900 meter semasa musim luruh.

TABIAT
Burung ini lebih kerap ditemui bertenggek di atas dahan-dahan pokok di pinggir hutan. Burung ini menghasilkan bunyi kreech.kreech …… yang kuat dan berulang kali.

PEMBIAKAN
Diantara bulan Mei hingga Ogos setiap tahun.

STATUS
Akta 76/72 , diperlindungi.


Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment