Common Iora

Common Iora (Aegithina tiphia) | Kunyit Kacat

Title: Common Iora (Aegithina tiphia) | Kunyit Kacat
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4383514248/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 24th February, 2010

KUNYIT KACAT
Common Iora

FAMILI: Aegithininae
NAMA SAINTIFIK: Aegithina tiphia

CIRI-CIRI
Semasa musim pembiakan, individu jantan dewasa mempunyai bahagian sisi kepala dan bawah badan yang berwarna kuning cerah. Bahagian atas badan berwarna kehijauan manakala bahagian sayap dan ekor berwarna hitam serta terdapat 2 jalur berwarna kekuningan pada bahagian sayap. Bahagian belakang badan ke bahagian tongkeng berwarna hitam. Bagi individu betina dewasa semasa musim membiak, individu ini menyerupai individu jantan dewasa semasa di luar musim membiak tetapi bahagian atas badan berwarna hijau pudar. Bahagian atas ekor pula berwarna hijau kekuningan. Pada bahagian sayap terdapat jalur-jalur yang kurang jelas manakala bahagian bawah badan berwarna kuning. Semasa di luar musim membiak, warna kuning pada bahagian bawah badan adalah pudar. Individu juvenil pula menyerupai individu betina dewasa semasa di luar musim membiak tetapi bahagian badan ber- warna pudar manakala jalur-jalur pada bahagian atas badan kurang jelas kelihatan.

SAIZ
Panjang keseluruhan individu dewasa adalah di antara 12.0-4.5 sm.

MAKANAN
Serangga kecil dan beluncas.

HABITAT
Kawasan hutan terbuka, hutan paya bakau,kawasan hutan belukar, hutan sekunder, taman dan kawasan kebun, pada ketinggian sehingga ke 1,500 m dari aras laut.

BUNYI:
Burung ini mengeluarkan bunyi whiiiiii piu yang halus . Selain itu, ia juga mengeluarkan bunyi siulan di-di-dwiu, dwi-o dwi-o dwi-o du-i du-i dan di-du di-du serta bunyi kicauan yang kasar.

PEMBIAKAN
Musim membiak adalah pada bulan Januari hingga Julai di mana sarang di bina di atas dahan pokok atau di kawasan belukar dan pokok-pokok renek pada ketinggian di antara 3.0-9.1 m dari aras tanah. Telur yang dihasilkan adalah di antara 2-4 biji ber- warna merah jambu dengan bintik-bintik merah, warna putih kekelabuan dengan bin- tik-bintik kelabu atau warna putih kehijauan dengan bintik-bintik berwarna coklat. Telur ini berukuran kira-kira 17.5 X 13.5 mm secara purata.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi.


Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment