Large wood-shrike

Large wood-shrike (Tephrodornis gularis sylvicola) | Rembah Kayu Besar

Title: Large wood-shrike (Tephrodornis gularis sylvicola) | Rembah Kayu Besar
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4382662898/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 24th February, 2010

REMBAH KAYU BESAR
Large Woodshrike

FAMILI: Campephagidae
NAMA SAINTIFIK: Teprodornis gularis

CIRI-CIRI
Spesies ini terbahagi kepada beberapa sub-spesies iaitu T.g jugans, T.g.fretensis, dan T.g.annectens. Bagi sub-spesies annectens (selatan Tenasserim, selatan Thailand dan utara hingga barat Semenanjung Malaysia), ia mempunyai bulu yang berwarna kelabu pudar manakala bahagian atas badan tidak banyak perbezaan. Sub-spesies frentensis pula (selatan hingga timur selatan Thailand, Semenanjung Malaysia) pula mempunyai saiz yang lebih kecil di mana bahagian atas kepala, bahagian atas belakang badan dan pangkal sayap berwarna biru pudar. Panjang keseluruhan individu dewasa bagi spesies ini mem- punyai saiz di antara 18.5-22.5 sm.

MAKANAN
Serangga kecil.

HABITAT
Spesies ini boleh dijumpai di kawasan hutan dipterokarp, kawasan pinggir hutan, hutan sekunder dan adakalanya di kawasan hutan paya bakau dan kawasan pertanian, pada ketinggian sehingga ke 1,500 m dari aras laut.

BUNYI
Burung ini mengeluarkan bunyi pi-pi-pi-pi-pi-p i yang kuat. Bunyi yang dikeluarkan termasuklah bunyi chreek chreek chreek yang kasar.

PEMBIAKAN
Musim membiak bagi spesies ini adalah pada bulan Mac hingga Mei pada sepanjang ta- hun di mana sarang dibina di atas dahan pokok berbentuk seperti cawan pada ketinggian di antara 3-9 m dari aras tanah. Telur yang dihasilkan adalah di antara 2-4 biji, berwarna hijau ke warna kuning pucat serta terdapat bintik-bintik berwarna coklat dan kelabu. Telur ini berukuran kira-kira (22 X 17.6) mm.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi.

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment