White-bellied Munia

White-bellied Munia (Lonchura leucogastra) | Pipit Padi

Title: White-bellied Munia (Lonchura leucogastra) | Pipit Padi
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4382182184/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 23rd February, 2010

PIPIT PADI
White-bellied Munia

FAMILI: Estrildidae
NAMA SAINTIFIK: Lonchura leucogastra

CIRI-CIRI
Spesies ini biasanya ditemui dalam kumpulan yang kecil. Individu dewasa mempunyai bahagian atas badan yang berwarna coklat gelap. Bahagian perut pula berwarna putih dengan sedikit warna kuning kehijauan pada tepi ekor. Individu juvenil pula mempunyai bahagian atas badan yang lebih cerah, warna ekor yang lebih pudar dan bahagian perut yang lebih kuning.

SAIZ
Panjang keseluruhan bagi individu dewasa adalah kira-kira 11.0-11.5 sm. Berat bagi spe- sies ini adalah kira-kira 9.4 g.

MAKANAN
Biji-bijian.

HABITAT
Kawasan hutan terbuka dan hutan sekunder, pinggir hutan, belukar dan kawasan perta- nian di pinggir hutan sehingga ke ketinggian 455 m dari aras laut.

BUNYI
Spesies ini biasanya mengeluarkan siri bunyi di-di-ptcheee-pti-pti-pti-pteep . Ia juga mengeluarkan bunyi prrip prrip dan chee-ee-ee.

PEMBIAKAN
Musim pembiakan bagi spesies ini adalah antara bulan Mac-Jun. Sarangnya berbentuk seperti bola dengan pintu pada bahagian tepi dan dibina dalam belukar atau pada anak pokok sehingga 3m dari atas tanah. Individu betina boleh menghasilkan antara 4-6 biji telur yang berwarna putih semasa musim pembiakan.

STATUS
Akta 76/72, tidak disenaraikan.

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment