
Title: Black-naped Oriole (Oriolus chinensis) | Dendang Selayang / Kunyit Besar
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4372075430/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 20th February, 2010
DENDANG SELAYANG / KUNYIT BESAR
Black-Naped Oriole
FAMILI: Oriolidae
NAMA SAINTIFIK: Oriolus chinensis
CIRI-CIRI
Spesies burung ini bersaiz agak besar dengan badan berwarna kuning keemasan. Terdapat jalur hitam yang tebal yang merentasi dari bahagian mata, tepi kepala dan terus ke bahagian belakang kepalanya. Keseluruhan sayap dan ekor berwarna hitam dan kuning. Ianya juga mempunyai paruh yang tebal yang berwarna oren muda. Bagi burung betina, bahagian atas badan dan sayap atas adalah berwarna kuning hijau buah zaitun. Bagi juvenil pula, ianya berwarna lebih pudar dari burung betina dan warna jalur hitam yang merentasi bahagian kepala adalah agak pudar. Bahagian atas kepala dan badan berwarna hijau kekuningan, bahagian bawah badan berwana krim ke putih kekuningan dan terdapat jalur-jalur kecil berwarna kehitaman. Tongkengnya berwarna kuning pudar manakala sayap hampir hijau kekuningan. Ekornya agak hijau dan paruh berwarna kehitaman.
SAIZ
Panjang keseluruhan bagi burung dewasa adalah di antara 24.5 sm-27.5 sm.
MAKANAN
Buah-buahan dan serangga.
HABITAT
Ia mendiami kawasan hutan dipterokap, hutan tanah pamah, kawasan terbuka yang terdapat pokok-pokok renek, kawasan perladangan, taman-taman dan juga kawasan paya bakau. Spesies ini boleh dijumpai sehingga ketinggian 1,525 m dari aras laut. BUNYI Spesies ini mengeluarkan bunyi kwia-lu,u-dli-u, u-lu-u dan u liu yang kuat dan berulang- ulang dan kadang-kala mengeluarkan bunyi kyehhr .
PEMBIAKAN
Musim membiak bagi burung ini adalah dari bulan Disember hingga Jun pada setiap tahun. Sarangnya berbentuk bujur dan dibina pada cabang-cabang pokok. Burung betina menghasilkan 2 biji telur pada setiap kali ianya bertelur dan warna telur adalah berkilat, putih ke putih merah muda dengan terdapat tompok-tompok kelabu dan hitam atau coklat keunguan. Saiz telur adalah 27.3 hingga 34.2 x 20.1 hingga 23.2 mm.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi.
Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/
0 comments:
Post a Comment