
Title: Asian Brown Flycatcher (Muscicapa dauurica) | Sambar Asia
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4372269871/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 20th February, 2010
SAMBAR ASIA
Asian Brown Flycatcher
FAMILI: Muscicapidae
NAMA SAINTIFIK: Muscicapa dauurica
CIRI-CIRI
Bagi individu dewasa, bahagian atas badan berwarna coklat kekelabuan manakala bahagian bawah badan termasuk bahagian bawah ekor yang berwarna putih. Ba- hagian atas dada pula berwarna coklat kekelabuan di mana terdapat jalur-jalur halus yang kurang jelas kelihatan. Pada sekeliling bahagian mata terdapat jalur yang ber- warna putih dan satu jalur pudar merentasi bahagian mata. Bahagian hujung dan sisi sayap pula berwarna kelabu pudar. Bagi individu juvenil pula, ia lebih menyerupai spe- sies Sambar Sibiria, Muscicapa sibirica, tetapi bahagian atas sayap adakah lebih gelap dan terdapat bintik-bintik pudar dan jalur-jalur hitam pada bahagian sayap dan ba- hagian dada. SAIZ Burung ini mempunyai saiz di antara 13-13.5 sm.
MAKANAN
Makanan utama spesies ini terdiri daripada serangga-serangga kecil. HABITAT Burung ini boleh dijumpai di kawasan hutan terbuka, hutan sekunder, kawasan perta- nian, kawasan taman dan kawasan hutan paya bakau pada ketinggian sehingga ke 1,500 m dari aras laut. Semasa musim membiak, ia boleh ditemui di kawasan hutan terbuka pada ketinggian di antara 600 hingga 1,400 m dari aras laut. BUNYI Burung ini mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi Sambar Sibiria, Muscicapa sibirica, tetapi lebih kuat iaitu 2-3 nota bunyi yang kuat. Bunyi yang dihasilkan termasuklah bunyi tse-ti-ti-ti-ti, sit-it-it-it yang tinggi serta bunyi tzi yang halus dan pendek.
PEMBIAKAN
Musim membiak adalah dari bulan April-Jun setiap tahun di mana sarang dibina ber- bentuk seperti cawan di atas dahan pokok pada ketinggian di antara 2-9 m dari paras tanah. Telur yang dihasilkan adalah sebanyak 2-4 biji berwarna kuning langsat kekela- buan serta terdapat bintik-bintik berwarna kuning coklat. Telur ini berukuran di antara 17.4x13.1 mm secara purata.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya.
Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/


0 comments:
Post a Comment