
Title: Black Hornbill (Anthracoceros malayanus) | Enggang Gatal Birah
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4371057669/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 20th February, 2010
Not quite easy to picture this hornbill.. this hornbill never let me to be near it.. staying put a static location never paid off.. manage to get few photo after more than 2 hours of following & tracking it - they hide well in dense tree
ENGGANG GATAL BIRAH
Black Hornbill
FAMILI: Bucerotidae
NAMA SAINTIFIK: Anthracoceros malayanus
CIRI-CIRI
Enggang jantan berwarna hitam dengan bonggol, paruh dan hujung ekor yang berwarna putih kekuningan. Bulu di bahagian muka yang memanjang hingga ke belakang kepala berwarna putih. Enggang betina mempunyai warna pada keseluruhannya hitam dengan paruh yang hitam dan kulit muka yang berwarna kemerahan. Bahagian bawah ekor pula berwarna putih. Spesies ini berukuran 76 sm panjang.
MAKANAN
Spesies ini boleh dijumpai di dalam kumpulan-kumpulan kecil dan ia bersifat frugivorous , iaitu diet utama terdiri daripada buah-buahan.
HABITAT
Mendiami kawasan antara kanopi pokok dan lantai hutan, kawasan tanah rendah, dan kawasan pertanian seperti di ladang kelapa sawit. Biasanya terbang atau hing- gap di atas pokok dalam kumpulan-kumpulan yang kecil atau secara berpasangan.
BUNYI
Ia biasanya direkodkan mencari makanan di kawasan ladang kelapa sawit dan mengeluarkan bunyi yang ganjil dan kuat. PEMBIAKAN Musim membiak pula adalah di antara bulan Januari hingga April dengan menghasilkan 2-3 biji telur.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya. CITES, appendiks 2. IUCN, hampir terancam.
0 comments:
Post a Comment