Brown Shrike

Brown Shrike (Lanius cristatus) | Tirjup Tanah

Title: Brown Shrike (Lanius cristatus) | Tirjup Tanah
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4377111537/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 22nd February, 2010

TIRJUP TANAH
Brown Shrike

FAMILI: Laniidae
NAMA SAINTIFIK: Lanius cristatus

CIRI-CIRI
Paruh yang kecil merupakan identiti bagi spesies ini, warna kelabu menutupi bahagian belakangnya, kepala dan tengkuk spesies ini pula berwarna coklat kemerahan, sayap dan ekor kecil, bulu belakang nampak hitam, ciri keistimewaan disekitar mata ada topeng, bahagian bawah badan berwarna krim. Jarang berkicau dan susah dijumpai dikawasan terbuka.

SAIZ
Panjang keseluruhan individu dewasa adalah antara 19.0 sm-20.0 sm.

MAKANAN
Bersifat pemangsa, memakan serangga besar, reptilian, burung dan mamalia kecil. Makanan biasanya disimpan dengan dicucuk pada tempat yang tajam sebelum di- makan semula kemudian.

HABITAT
Kawasan terbuka, kawasan perladangan, kawasan tanah pamah, hutan sekunder hingga ketinggian 2,000 meter dan pinggir hutan.

BUNYI
Mengeluarkan bunyi amaran bernada tinggi iaitu chak-ak-ak-ak-ak apabila merasa- kan terdapat bahaya di sekeliling.

PEMBIAKAN
Pembiakan adalah diantara bulan Mei hingga Ogos setiap tahun.

STATUS
Akta 76/72, diperlindungi

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

0 comments:

Post a Comment