Yellow Vented Bulbul

Segambut | Yellow Vented Bulbul (Pycnonotus goiavier)

Title: Segambut | Yellow Vented Bulbul (Pycnonotus goiavier)
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/3400498391/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 31st March, 2009

MERBAH KAPUR
Yellow Vented Bulbul

FAMILI : Pycnonotidae
NAMA SAINTIFIK: Pycnonotus goiavier

CIRI-CIRI
Bagi burung dewasa warna terdiri daripada gabungan bahagian kening berwarna
putih yang lebar, bahagian atas kepala dan bahagian antara mata dan paruh yang
berwarna gelap, bahagian leher yang berwarna putih dan bahagian bawah
tongkeng yang jelas berwarna kuning. Bahagian atas badan berwarna kecoklatan
manakala bahagian dada dan perut agak keputihan serta terdapat jalur-jalur gelap
yang agak samar. Bagi burung juvenil, bahagian kening agak kurang jelas kelihatan
manakala bahagian atas kepala pula berwarna lebih pucat dan coklat. Bahagian
atas badan dan bulu sayap berwarna coklat jelas manakala tiada jalur yang kelihatan
dengan jelas pada bahagian bawah badan. Selain itu, paruh
berwarna coklat pucat berbanding burung dewasa yang ber-
warna kehitaman.

SAIZ
Panjang keseluruhan adalah di antara 20.0 sm-20.5 sm.

MAKANAN
Buah-buahan, serangga, nektar dan pucuk bunga.

HABITAT
Ia mendiami kawasan semak samun di tepi pantai, kawasan paya bakau, kawasan hutan sekunder, kawasan pertanian,
kebun, dan hutan tanah pamah dipterokap hingga ke keting-
gian 1,830 m dari aras laut di Semenanjung Malaysia.

BUNYI
Burung ini mengeluarkan bunyi siulan chic-chic-chic…yang
cepat dan bunyi kasar chwich-chwich yang nyaring. Selain itu,
ia juga mengeluarkan bunyi tiddloo-tidloo-tidloo… atau tud-liu
tud-liu tud-liu…

Sumber maklumat : http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdAviClist/yellow_vented_bulbul.pdf

0 comments:

Post a Comment