Title: Red-billed Malkoha (Phaenicophaeus javanicus ) | Cenok Api
URL: http://www.flickr.com/photos/drziner/4370013140/
Photographer: © Emran MT
Upload date: 19th February, 2010
CENOK API
Red-billed Malkoha
FAMILI: Cuculidae
NAMA SAINTIFIK: Phaenicophaeus javanicus
CIRI-CIRI
Paruh berwarna merah, hampir semua bahagian atas badan berwarna kekelabuan dan bahagian bawah badan berwarna kemerahan. Tekak dan bahagian atas dada ber- warna kuning kemerahan, perut dan bahagian bawah ekor berwarna coklat buah ber- angan manakala lain-lain bahagian bawah badan berwarna kelabu lusuh. Sayap dan ekor berwarna hijau berkilat dan hujung ekor berwarna putih, mata berwarna putih, cok- lat atau merah. Bagi burung juvenil, bulu di bahagian ekor adalah agak padat dengan warna putih di hujung ekor agak tidak kelihatan dan warna sayap utama agak kemera- han pudar.
MAKANAN Buah-buahan dan serangga.
HABITAT
Hutan dipterokap, hutan tanah pamah dan hutan sekunder. Spesies ini boleh di jumpai sehingga ketinggian 1,200 m dari aras laut.
BUNYI
Mengeluarkan bunyi yang senada dan bunyi se akan-akan bunyi katak uc uc uc uc uc …, kadang kala ia mengeluarkan bunyi uc-uc-uc…
PEMBIAKAN
Musim pembiakan adalah Mei-Julai. Sarang berbentuk piring dan dibina di dalam semak. Burung betina boleh menghasilkan 2 biji telur pada setiap kali ianya bertelur dan warna telur adalah putih kotor. Anggaran saiz bagi telur adalah 30 x 23.1 mm.
STATUS
Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya.
Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/
0 comments:
Post a Comment